Friday, January 29, 2010

UM pun kalah gak... Episod Memujuk Hati...

Beberapa sahabat semacam kecewa bila beberapa sahabat yang bertanding dalam PRK gagal memenangi kerusi yang dipertandingkan. Mungkin ada hikmahnya untuk lebih menumpukan pada tarbiah dan perkaderan. Manalah tahu, jika menang, ada yang gunakan alasan kesibukan untuk mengelak daripada program jemaah. khususnya program tarbiah.  Tapi aku percaya sahabat2 tetap istiqamah. Insya Allah, ada hikmahnya tu.

Sahabat UM pun tewas gak dalam PRK...... Tak boleh banding dengan UM ke? Boleh la ye? Hehe... Biarpun macam awan dengan bumi...

Sumber: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)