Monday, February 1, 2010

Hari Pertama Dunia Keguruan


Masa alam mahasiswa dulu, bila di ajukan pasal kerjaya, aku agak sukar untuk menyatakan kerjaya pilihan. Tapi jika boleh aku tidak mahu menjadi guru, sebab ayah, mak dan isteri (bakal, Insya Allah) aku berkecimpung dalam arena keguruan. Aku ingin rasai suasana yang lain sedikit.

Itu dulu. Hari ini aku mulakan hari pertama sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah Islam. Aku mengajar tahap dua, darjah 4,5 dan 6. Perasaan aku bercampur baur. Hehe. Berinteraksi dengan pelajar semuda ini memerlukan kemahiran dan keupayaan yang tersendiri. Contohnya keupayaan untuk mengawal para pelajar. Nasib baik suara aku memang kuat. Hehe.

Lebih dari itu, inilah peluang aku untuk terlibat membentuk pemimpin masa hadapan negara. Sejak kecil lagi para pelajar ini didedahkan dengan matapelajaran Islam serta didikan akhlak yang bakal membentuk sikap dan peribadi di masa hadapan. Aku mungkin tidak sempat untuk menyaksikan kemenangan Islam di bumi ini tetapi aku doakan ada di kalangan pelajar ini yang meneruskan perjuangan menegakkan Islam.

Harapnya bila di hadapan Allah nanti, perkara ini boleh meringankan sedikit bebanan dosa aku yang bertimbun ini... Amin...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)