Wednesday, January 27, 2010

Impian Saya


Semasa alam kampus dulu aku selalu pasang impian. Bila dah tamat pengajian nanti, aku nak amalkan apa yang aku dapat semasa di kampus. Keterlibatan beberapa ketika bersama jemaah Islam menyebabkan aku punyai impian ini.

Aku mahu jadi individu muslim. Aku juga impikan keluarga muslim. Punyai isteri solehah yang juga punyai tarbiah. Aku mahu hidupkan suasana tarbiah dalam keluarga. Aku mahu keluarga tarbiah.

Aku juga mahu istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat. Aku mahu tunaikan kewajiban untuk agama. Aku mahu berjuang untuk Islam. Aku impikan Islam akan memerintah dunia. Jika aku tidak berkesempatan untuk merasainya, aku mahu anak-anak aku nanti meneruskan perjuangan Islam ini.

Kini, aku menamatkan pengajian. Kerja masih belum pasti. Ujian untuk aku capai impian itu. Ku pujuk hati untuk terus sabar dan bersabar. Doakan aku istiqamah dalam perjuangan ini. Sungguhnya aku ini insan yang amat lemah.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)