Friday, January 1, 2010

Sahabat, Kali Pertama ni...



31 Disember 2009 telah mencatat sejarah dalam hidup aku. Kali pertama aku menaiki bas ekspres. Haha.

Seingat aku, kali terakhir aku menggunakan bas awam pada zaman sekolah menengah. Masa tu untuk aku 'outing' ke Kota Bharu dan juga balik bercuti ke Pasir Puteh. Bas milik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK). Bas no 47. Tak silap aku bas warna hijau. Sekarang bas-bas SKMK dah dinaiktarafkan.

Bila aku bersekolah di Maahad Saniah (sekolah menengah aku yang ketiga), aku berulang alik ke rumah menggunakan 'prebet sapu'. Seringgit satu perjalanan. Kemudian naik jadi RM 1.50. Sekarang tak tau la berapa tambangnya.

Bila aku menyambung pelajaran ke Sarawak, aku naik 'belon'. KB-KL-KCH. Aku naik Air Asia je. 4 kali setahun aku naik belon untuk 3 tahun lebih. Kat Samarahan, aku selalu guna kereta sewa pandu sendiri untuk ke Kuching. Aku tak pernah naik bas awam di Sarawak.

Bila sambung pelajaran di semenanjung, aku pinjam kereta mak aku sebagai pengangkutan. Kereta itulah yang banyak berjasa pada aku. Kereta tu dah pusing satu semenanjung. Sahabat-sahabat selalu 'sindir' aku pasal bas ni sebab diorang tahu aku tak biasa naik bas awam. Ke mana-mana aku pandu kereta je.

30 Disember 2009, bakal bapa mertua aku minta aku tolong pandu kereta tunang aku ke rumah kakaknya di Kajang. Konvoi Toyota Innova dan Myvi. Kembaralah aku bersama-sama tunang, kakak-kakaknya, abang iparnya, serta anak-anak saudaranya yang masih kecil-kecil itu. Aku bermalam semalaman di Kajang kemudian pada pagi 31 Disember aku naik Bas Mahligai dari Kajang untuk pulang ke Pasir Puteh.

Sahabat, aku dah naik bas awam la...Hehe...

3 comments:

  1. Tahniah..!!!Satu anjakan paradigma untuk tahun 2010..heee~~~

    -BintuHood-

    ReplyDelete
  2. akhrnya dpt merasai kepayahan dn keperitan org lain..=)hehehehe...
    lain kali cube la lg ek...

    ReplyDelete
  3. jankulovski berkate-kate..

    aku naik sokmo doh gu...haha
    guane balah sedap dok naik bas..
    hahaha...

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)