Sunday, January 3, 2010

Etok



Semalam aku ke Maahad Saniah. Ada diskusi santai dengan adik-adik pimpinan Badan Dakwah. Kadang-kadang aku masih teringat kenangan-kenangan masa aku jadi pimpinan Badan Dakwah dulu. Banyak jasa Badan Dakwah kat diri aku. Perkenalan pertama aku dengan tunang juga melalui Badan Dakwah. Kami satu lajnah. Lajnah Penerbitan dan Penerangan. Tapi kami tak 'kapel' masa sekolah dulu. Masa tu aku masih budak-budak. Haha.

Antara kenangan yang selalu kami; mantan pimpinan Badan Dakwah, bualkan apabila berjumpa ialah insiden  kertas kerja kem kepimpinan. Insiden ini menimbulkan kegemparan satu sekolah. Kami dulu bersemangat untuk mengadakan kem kepimpinan untuk Badan Dakwah. Lalu kami siapkan satu kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah. Apabila kertas kerja dihantar kepada pentadbiran, kertas kerja diminta baiki kerana ada beberapa kesilapan. Kami akur dan baiki kesilapan yang dinyatakan. Kemudian kertas kerja dihantar lagi kepada pihak pentadbiran. Sekali lagi kertas kerja kami ditolak. Semangat kami masih membara. Kesilapan yang dinyatakan kami perbaiki lagi.  Banyak masa yang kami beri untuk memastikan kem ini berjaya dilaksanakan. Kami hantar lagi kertas kerja yang telah dibetulkan, malangnya episod masa berulang. Kertas kerja kami ditolak lagi. Akhirnya, 7 kali kami hantar kertas kerja kepada pihak pentadbiran, bila kali ketujuh kertas kerja kami ditolak. Penggal persekolahan pun dan semakin penghujung. Kami tidak dapat memahami rasional penolakan kertas kerja tersebut. Lalu suatu pagi ketika kertas kerja kami ditolak pada kali ketujuh, kami beramai-ramai mengoyak kertas kerja tersebut dan dibiarkan bertaburan di dalam bilik Badan Dakwah sebagai tanda protes. Hmmm, kecik-kecik lagi dah pandai berdemontrasi ni...

Semalam juga aku jumpa Ustazah Norliza. Pimpinan Badan Dakwah panggil Ustazah Norliza dengan panggilan 'ummi' disebabkan iltizam ustazah dengan amal Islami. Ummi juga banyak membentuk jatidiri aku semasa aku jadi pimpinan Badan Dakwah dulu. Banyak yang kami bualkan semalam. Aku kongsikan pengalaman di kampus buat pendedahan adik-adik pimpinan Badan Dakwah untuk mereka menggerakkan amal Islami di Maahad Saniah. Aku agak sedih bila suasana tarbawi semakin merosot di Maahad Saniah. Dulu semasa aku jadi pimpinan badan Dakwah, kami selalu diceritakan mengenai kehebatan tarbiah abang-abang pimpinan Badan Dakwah sebelum kami.

Balik dari Maahad Saniah, aku ke pasar. Beli beras dan lauk pauk untuk makan tengahari. Ketika jalan-jalan kat pasar tu, aku terjumpa dengan sejenis makanan ringan tradisi masyarakat Kelantan. Etok. Aku terus beli 2 kelongsong etok.  Satu kelongsong RM1.

Etok merupakan sejenis hidupan sungai. Lebih kurang macam kerang bentuknya.  Budak-budak cari etok dengan cara menyelam, cari pakai tangan je. Cara paling produktif mencari etok ialah dengan menggunakan pengaut etok yang diperbuat daripada besi. Etok biasanya dimasak dengan cara salai menggunakan api. Sebelum itu etok digaul dengan ramuan tertentu seperti garam, serai, bawang putih dan lain-lain yang aku tak tahu. Cara makan etok agak unik. Lagi susah daripada kerang. Etok dibuka menggunakan gigi. Macam makan kuaci. Kena ada kemahiran baru dapat makan etok.

Mak aku cakap dia dah setahun tak makan etok. Aku pula mungkin beberapa tahun.

2 comments:

  1. kesabaran ada hikmahnya....
    dapnyer etok...
    nama saintifik utk etok pe ek?hehehe...
    sekadr nk thu je....

    ReplyDelete
  2. Saya tak tahu la apa nama saintifiknya. Mungkin tergolong dalam keluarga kerang atau kupang kot...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)