Wednesday, January 6, 2010

Bukan Sengaja Buka Tudung...

(aku ingat nak letak gambar dia, tapi tak jumpa gambar dia yang aku rasa nak letak)

Semalam aku baca akhbar Sinar Harian edisi Kelantan. Aku tertarik dengan berita pada muka surat N27. Tajuk yang cukup senang difahami:

"Bukan sengaja buka tudung..." Sukar Dapat Tawaran Berlakon Punca Anne Bertindak Sedemikian

Mengenai Anne Ngasri, seorang pelakon. Anne dikatakan ingin bertudung tetapi telah membuka tudung dalam sesetengah drama lakonannya. Anne bagitau dia bukan sewenangnya membuka tudung tetapi demi mencari rezeki. Anne mengakui wanita bertudung sukar mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air. Anne juga bagitau, soal bertudung ni soal dia dengan Tuhan. Anne bagitau, dalam drama je dia buka tudung tetapi kat luar dia bertudung.

Perasaan dan jiwa aku bereaksi bercampur-campur. Aku tak nak tulis panjang-panjang. Kita boleh lihat perkara ni dalam banyak sudut. Siapa yang bertanggungjawab?

Mungkin didikan agama yangditerima tidak mencukupi menyebabkan kurangnya kefahaman agama seseorang. Aku tidak sangka alasan 'cari rezeki' dan ' soal dengan Tuhan' merupakan alasan yang seringkali diberikan dalam soal agama.

Siapa yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan agama? Keluarga? Masyarakat? Negara? atau siapa?

Bagi aku semuanya berkaitan. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam hal ini. Tetapi aku lebih suka berbicara begini. Dalam sebuah negara demokrasi berparlimen, antara yang paling berkuasa ialah pemimpin negara. Perdana Menteri dan kabinetnya. Jadi bidang kuasa yang paling banyak dikuasai oleh pemimpin negara. Merka yang akan mencorakkan negara dalam hal ini. Jika seorang pemimpin berfikrah Islam beliau pastinya memastikan pentadbirannya mengikuti landasan Islam.

Malas ah aku nak cakap...

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)