Thursday, January 7, 2010

Kelantan, Mesir dan ...

Malam tadi aku mengadap kotak televisyen. Aku tonton berita jam 8 TV3... 2 berita yang menarik perhatian aku.

Satu
Isu Raja Kelantan. Beberapa siri laporan akhbar dan TV sebelum ini menggambarkan semacam ada sesuatu dengan Negeri Kelantan. Tengku Temenggong Kelantan semakin hari semakin popular. Bermula dengan isu rumahtangganya bersama model remaja, Manohara Odelia Pinot sehingga perlucutan Baginda daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mahkota. Aku lebih suka dengan imej Tengku Mahkota yang nampaknya lebih merakyat. Selalu mencemar duli bertemu dengan rakyat. Baginda agak 'sempoi', boleh berbaju melayu dan berkain pelikat semasa bertemu rakyat. Baginda juga menyembelih sendiri lembu semasa Hari Raya Korban. Baginda juga selalu berjemaah di masjid. Moga Allah berikan hidayah untuk semua.

Dua.
Mesir. Aku tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan aku apabila Kerajaan Mesir menahan beberapa orang ahli Konvoi Viva Palestin. Konvoi yang diketuai oleh Ahli Parlimen Britain itu membawa barangan keperluan untuk rakyat Gaza yang berada dalam keadaan yang amat teruk. Kerajaan Mesir menyekat konvoi itu daripada memasuki Gaza menerusi pintu sempadan yang dikawal oleh Mesir dan meminta konvoi melalui kawalan oleh Israel. Dahlah penduduk Gaza setiap hari berada dalam kesengsaraan akibat serangan Israel, Fatah yang sekular pun turut sama menentang kerajaan Hamas di Gaza, sekarang Mesir pula menghalang bantuan dihulurkan. Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan? Aku tau la Mesir tak sefikrah dengan Hamas. Mesir berfahaman sekular, Hamas perjuangkan Islam, tapi takkan tiada langsung nilai kemanusiaan.Konvoi ahli Parlimen Britain yang bukan Islam tu pun di halang. Noktah. Sebelum jari-jari aku lebih ganas menekan keyboard.

* Semua... Aku ambil dari blog Pemuda PAS Pusat. Jom sama-sama berhimpun secara aman untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin... 

....................................................................................................................

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua ahli, pertubuhan NGO dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai Himpunan Aman membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El Arish kelmarin.

Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza.

Tidak cukup dengan itu Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam Wilayah rakyat Palestin.

PAS kesal, kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin. Justeru itu PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan Himpunan Aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari 2010 (Jumaat).

PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



1 comment:

  1. Salam,

    Mungkin boleh direnung kembali punca kekalahan...biasalah sekejap kita berkuasa sekejap kita di bawah..yang penting kita patut fikir hikmah Allah disebalik semua ini sedalm-dalamnya..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)