Friday, January 8, 2010

Buaya Balik Batu




Sekarang heboh diperkatakan mengenai isu penggunaan kalimah Allah. Aku tertarik dengan beberapa kenyataan yang aku kira sangat elok untuk diambil perhatian.

Satu.
Kenyataan rasmi PAS berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Aku ambik sahaja ulasan Ustaz Zolkhainain Abidin berhubung kenyataan rasmi tersebut.

"Apa pun tanggapan orang, saya sangat berpuashati dengan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu penggunaan nama Allah. Ada tiga asas penting yang terkandung dalam kenyataan rasmi ini.

Pertama, PAS menghormati kebebasan beragama. Kedua, penggunaan nama Allah oleh Kristian dan Yahudi dibenarkan. Dan ketiga, jangan gunakan pada tempat yang salah.

Tentu yang paling menyerlah ialah kesediaan PAS untuk menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja untuk menjamin keharmonian rakyat."

Dua
Kenyataan Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Sinar Harian 7 Januari 2010. TG Datuk Nik Abdul Aziz menyifatkan bantahan serta demontrasi yang diadakan oleh sesetengah pihak dalam isu penggunaan kalimah Allah bagaikan ada muslihat di sebalik tindakan tersebut.

"Yang sebut pasal ini ialah yang sebut agama lain politik lain, siapa ajar? Mereka sanjung perkataan Allah tapi mereka juga kata agama lain politik lain. Meraka tak ikhlas, ada benda lain. Bukan udang malah buaya di sebalik batu."

Tiga.
Pemuda PAS mahu jumpa paderi berhubung isu penggunaan nama Allah, bukan berdemo.

Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.

Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad (gambar).

Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini. 

(Harakahdaily)


Empat 
PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

"Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah."


Aku berpendapat PAS cukup matang menangani isu penggunaan kalimah Allah ini. Tahniah.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)