Thursday, December 3, 2009

Ubi Kayu Rebus dan Kopi O



Pantai Timur sedang hujan sekarang. Jabatan Meteorologi dah keluarkan amaran peringkat jingga. Hujan-hujan begini sangat sejuk dan aku hanya melepak kat rumah.

Lepas asar tadi, aku gali ubi kayu yang ada kat belakang rumah aku. Dapat la beberapa ketul. Aku kupas dan bersihkan. Bagi pada emak untuk rebus. Malam tadi aku bancuh kopi o, minum bersama ubi kayu rebus cicah gula. Sedap sangat...

Sebut pasal ubi, aku teringat satu istilah yang aku dan kawan-kawan pernah guna dulu-dulu... Taktau la jika orang lain juga gunakan istilah yang sama.

"Ubi la engkau ni!"
"Dia tu memang ubi!"

Membawa maksud yang tak elok...cari sendiri maksudnya... Kan ada ikan yang digelar ikan 'ubi'... Ada orang gelar 'ikan bandaraya'...

Semalam sekumpulan rakyat Kelantan telah berhimpun di hadapan Wisma Darul Naim Kota Bharu Kelantan untuk mendesak Menteri Besar Kelantan memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung isu 'doa'.

Mari kita baca laporan Utusan.

Utusan lapor: 1,000 orang.


Mari kita tengok gambar-gambar lain pula. Aku ambil dari Laman Pink Turtle dan Topeng Perak.


 
  
 
 
  

 

FRU tak buat semburan ke?
1000 ke? Kira elok-elok. Jangan jadi 'ubi'.  

3 comments:

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)