Wednesday, December 9, 2009

Alhamdulillah dan Ayahanda



1.Alhamdulillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal.... Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan....

Saat ini aku kembali boleh mencatat dalam blog ini selepas beberapa hari laptop mengalami masalah dan dihantar ke kedai untuk dibaiki. Aku teringat satu kuliah maghrib  yang aku dengar di Masjid Ibrahimi beberapa hari yang lepas. Penceramah itu menyarankan supaya kita bersyukur kepada Allah dalam setiap keadaan yang berlaku. Walaupun kita ditimpa musibah. Sebagai contoh, macam akulah, Alhamdulillah, aku tidak dapat melayari internet untuk beberapa hari sahaja, bukannya berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Contoh lain, kita terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kita mengalami patah tangan kanan. Kita ucapkan Alhamdulillah kerana anggota lain tidak cedera. Ada hikmahnya. Ada yang kita dapat fikirkan hikmahnya, ada yang hikmahnya Allah sahaja yang mengetahui.

2. Ayahanda...

Ayahanda...dia ayah yang selalu mengerti dan aku anak yang tidak pernah memahami... 

Beberapa malam yang lepas, aku menggantikan aktiviti melayari internet; yang tergendala disebabkan laptop rosak, dengan membaca novel. Aku memang minat membaca. Aku telah baca novel 'Ayahanda', tulisan Azizi Hj Abdullah. Novel yang ada dalam simpanan aku ni cetakan ketiga, 2001. Bagi aku, novel itu sungguh mengesankan jiwa, walaupun pembacaan itu merupakan pembacaan kali yang aku sendiri pun tak ingat. banyak kali. Tetapi setiap kali aku mengulangi pembacaan, pasti ada makna baru yang hadir dalam diri aku...

Azizi Hj Abdullah tidak perlu lagi diperkenalkan dalam arena kesusasteraan negara. Beliau boleh dilawati disini. Blurb kat belakang novel yang diterbitkan oleh Creative Enterprise ini bertulis begini:

Ayah masih berdaya. Dia begitu hebat memerah keringat biarpun kedaifan kudrat . Ayah semakin dipanjat usia namun kedegilannya menjadi punca kepada kepetahannya menabur keringat . Sesungguhnya perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun cuba diselami oleh anak-anak sendiri…

Sedikit petikan dari novel ini:

"....Lembaran terakhir di bacanya tetapi suaranya juga tertahan-tahan.

Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak mampu memahami perasaan seorang bapa.

Ayahanda
Genap 97 tahun

Kami saling berpandangan antara satu sama lain dan masing-masing tergenang air mata"


Novel ini bukan novel cinta popular.... Novel ini novel sastera... Anda baca sendiri ye. Aku tak nak cerita...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)