Wednesday, December 9, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama





 
Aku kira ini satu lagi detik penting dalam politik Malaysia. Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama yang akan diadakan pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA Shah Alam. Tema konvensyen pertama ini ialah "Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan".  Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk membincangkan  " Dasar Bersama Pakatan Rakyat" yang mana akan menjadi dasar bersama yang bakal disepakati dan dihormati oleh setiap anggota Pakatan Rakyat.

Menarik untuk diperhatikan. Ketiga-tiga parti utama Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP dikatakan mempunyai ideologi politik yang cukup berlainan tetapi kini boleh bersama dalam Pakatan Rakyat yang didaftarkan secara rasmi.

Amat menarik untuk diperkatakan adalah mengenai pendekatan PAS; sebagai Jemaah Islam, dalam arus politik terbaru ini. Setiap langkahan PAS akan diteliti dan dikaji, bukan sahaja oleh kawan tetapi juga lawan. Kebijaksanaan berpolitik pimpinan Jemaah Islam ini amat mengagumkan. Kita akan sentiasa menanti dan mengikuti setiap langkah yang bakal diatur oleh saf kepimpinan ulamak ini...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)