Thursday, December 10, 2009

Burung Hijau



Aku seorang peminat sastera. Aku cuba untuk belajar menulis puisi. Aku selalu conteng-conteng dalam buku nota. Seingat aku masa aku sekolah menengah aku dah belajar menconteng puisi ni. Aku pernah hantar sekali sahaja puisi aku kat majalah. Aku hantar kat Tunas Cipta. Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku hantar pakai pos biasa je. Alhamdulillah, puisi aku di siarkan dalam Tunas Cipta keluaran Disember 2008.

Burung Hijau

Ku lihat senyum menguntum
pada cebisan wajahmu,
pada suatu subuh yang indah
kau sertai kafilah syuhada;
menjejak langkah Imam Al Banna.

Pastinya kau di taman indah,
burung-burung hijau riang
menyanyikan lagu bahagia,
selamanya...

Puisi ini aku inspirasikan daripada kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin, pimpinan Hamas yang syahid dibunuh Israel selesai beliau menunaikan solat subuh. Beliau yang berkerusi roda syahid bersama-sama beberapa orang pengawalnya.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)