Thursday, December 10, 2009

Jemput-Jemput Pisang



Pagi tadi aku tolong emak masak jemput-jemput pisang. Pisang + tepung gandum + gula + air = jemput-jemput pisang. Emak masak kecil-kecil dan cantik-cantik. Aku pula masak leper-leper dan besar-besar. Jenuh emak mengajar aku masak jemput-jemput pisang. Biasalah orang lelaki bila masuk dapur.

Sambil-sambil masak, emak bercerita mengenai kehidupan berkeluarga. Cerita mengenai tugas dan tanggungjawab seorang suami. Emak juga bercerita mengenai gula dan garam, juga mengenai beras dan lauk pauk.

"Bila dah dapat gaji, beli terus keperluan dapur, tak perlu tunggu isteri beritahu. Macam Tok Cek, tiap-tiap bulan bila dah dapat gaji, bawa balik keperluan dapur, tak perlu Tok Jah beritahu apa yang perlu dibeli"  Emak nasihati aku.

Aku anggukkan kepala sambil tersengih.

Pengalaman akan mengajar kita melalui kehidupan ini. Bukan pengalaman kita sahaja tetapi juga pengalaman orang lain juga. Hari ini, emak nasihatkan aku. Mungkin suatu hari nanti aku akan sampaikan ayat yang sama pada zuriatku.

2 comments:

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)