Friday, December 11, 2009

Sujud Syukur


Beberapa hari ini aku selalu berdebar-debar. Berdebar menantikan keputusan peperiksaan semester akhir aku. Maklumat di Laman Pelajar menyatakan keputusan peperiksaan akan diketahui pada 10 Disember 2009 jam 10 malam. Malam tadi jam 9.00 aku sudah cuba login ke Laman Pelajar. Tapi tak dapat. Jam 10 malam aku masih belum dapat login. Perasaan aku mula tak tentu arah.

Ini semester akhir aku untuk bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Keputusan peperiksan ini membawa makna yang sangat besar untuk aku. Keputusan peperiksaan ini merupakan satu garis perubahan yang sangat penting dalam hidup aku.Garis antara universiti dan alam kerjaya. Garis antara bujang dan berkeluarga. Garis antara JIK dan masyarakat. Semuanya akan berbeza. Semuanya akan memberi makna yang berlainan. Aku amat mengharapkan aku dapat menamatkan pengajian aku.

Alhamdulillah. Setelah lama mencuba akhirnya aku dapat login dan seterusnya menyemak keputusan peperiksaan aku. Aku lulus semua subjek. Alhamdulillah. Aku terus sujud syukur.

3 comments:

  1. Tahniah..


    -BintuHood-

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... Balik semenanjung ni macam ada peningkatan dalam prestasi akademik. hehe

    ReplyDelete
  3. Manusia boleh berubah.hehe.TAhniah2..dah dpt kerja, jangan lupa org lain.hehe..saya ingat gaji anta je.$$$$$

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)