Saturday, December 12, 2009

Nga Kor Ming




Gempar apabila Ahli Palimen Taiping daripada DAP, YB Nga Kor Ming membuat perbandingan peruntukan kerajaan untuk membina dan menyelenggara masjid serta mendesak kerajaan memberi peruntukan lebih banyak kepada rumah ibadat bukan Islam. Nga Kor Ming dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan di Parlimen beberapa hari lalu menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid dari 2000 hingga 2008 tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam.

Bagi aku, kita amat menghormati prinsip kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi selari dengan prinsip kebebasan beragama yang dipegang oleh Islam. Pastinya  penganut agama lain perlu menghormati Islam sebagai agama rasmi dan jangan mempertikaikan hak-hak penganut Islam, dan pada masa yang sama kita penganut Islam mesti menghormati hak-hak penganut agama lain. Islam mampu memberikan keadilan untuk semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain. Tetapi harus diingat, kita bukan menyamakan Islam dengan agama-agama lain. Bukan macam fahaman Islam Liberal.

Jemaah Islam perlu menggerakkan seluruh jentera untuk menjelaskan dan menerangkan keindahan Islam kepada penganut bukan Islam. Selama ini rakyat Malaysia diracuni fikiran bahawa Islam merupakan agama yang ganas. Islam dipandang negatif. Islam telah disalah anggap.Islam dikatakan agama yang haramkan semua benda, agama yang pinggirkan golongan bukan Islam. Semua ini kerja golongan sekular yang memusuhi Islam. Aku tertarik dengan pandangan Ustaz Zolkharnain Abidin mengenai usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk memberikan kefahaman yang sebenar mengenai Islam:

"Suburkan dialog antara agama atau budaya. PAS tidak kekeringan tokoh berwibawa untuk merencana dialog ini. Dialog tersebut tentunya bukan untuk saling menyalahkan antara satu agama dengan agama yang lain, tetapi mencari ruang-ruang untuk saling menerima kelainan.

Dialog antara agama atau budaya ini bukan sekadar ‘majlis dialog’ dan ia habis di situ. Ia hendaklah diinstitusikan. Maksudnya, PAS perlu menubuhkan sebuah jabatan atau majlis (namakan apa sahaja) yang berfungsi secara khusus untuk menangani isu-isu salah tanggapan kepada Islam.

Dan, tidak menjadi suatu kesalahan PAS mempelopori juga penubuhan sebuah badan yang mengumpulkan para cendekiawan pelbagai agama bertujuan mencari titik-titik yang memungkinkan wujudnya perasaan saling menerima dalam kepelbagaian beragama. Dan paling penting tidak ada sebarang permusuhan terhadap Islam."


Aku yakin isu ini boleh diselesaikan secara bijak sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Kelantan dalam konteks kebebasan beragama.



Ini patung Buddha yang kedua terbesar di dunia, terletak di Kg Jambu, Tumpat, Kelantan. Patung Buddha baring ini sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter . Patung ini dibina dengan sumbangan orang ramai.

Aku nak tanya kepada golongan sekular yang bising membuat pelbagai kenyataan yang kononnya ingin menjaga kesucian Islam. Mana hak umat Islam untuk menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan? Mana hak umat Islam untuk melaksanakan hukuman Allah, Hukum Hudud?

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)