Saturday, December 12, 2009

HAMAS Jadi Tetamu PAS



Beberapa orang wakil daripada Harakah Muqawamatul Islam atau lebih dikenali dengan HAMAS telah menbuat lawatan ke Malaysia beberapa hari yang lalu. Mereka telah menggunakan kesempatan keluar dari Gaza dengan menggunakan pas musim haji. Kedatangan mereka ke Malaysia telah diraikan oleh PAS.

1.Sumber dari: Kedah Sejahtera

ALOR SETAR, 9 Disember 2009 – Ahli Parlimen Palestin yang diketuai oleh Dr. Salim Salam membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman pagi ini. Kunjungan tersebut sebagai tanda ziarah bagi berkongsi pengalaman berhubung perkembangan terkini di Palestin.







2.Sumber dari: Minaq Jinggo

Rombongan Ahli Parlimen Hamas telah di raikan oleh Khalid Ibrahim di kediaman rasmi beliau. Rombongan dalam jangka lawatan ke Malaysia menjadi tetamu kepada PAS telah mengambil kesempatan keluar dari Gaza menggunakan pas musim haji.





3. Sumber dari : Ustaz Misbahul Munir 


Beberapa wakil HAMAS yang terdiri dari beberapa Ahli Parlimennya kini sedang berada di Malaysia, kesempatan itu diambil oleh PAS bagi menganjurkan ceramah-ceramah penjelasan isu Palestin dan pungutan derma jihad bagi disumbangkan kepada perjuangan umat Islam Palestin di seluruh negara.




No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)