Sunday, December 13, 2009

Ujian Untuk Sahabat



Petang semalam aku dapat satu panggilan. Nama yang tertera di skrin hanset mengejutkan aku. Lama betul aku dan dia tak berhubung. SMS pun dah lama tak. Tiba-tiba petang tadi dia 'kol'. Mungkin dia tiba-tiba ingat kat aku kot

Bila aku angkat panggilan, cepat-cepat dia bagitau pasal seorang sahabat kami, Wirdas Habib. Katanya Wirdas Habib kemalangan dan sekarang berada di Hospital Ipoh. Katanya Wirdas Habib baru telefon dia dalam keadaan suara yang lemah.

Aku nak sangat 'kol' Wirdas Habib tanyakan kesihatan dia tapi malangnya kredit henset kurang pulak. Rumah aku jauh dari kedai topup ( alasan). Niatnya nak 'kol' dia keesokkan harinya. Wirdas Habib ni banyak jasanya masa kat Sarawak dulu. Dia pernah memimpin Jawatankuasa Perwakilan Surau. Nak cerita kebaikan dia memang banyak la. Sahabat masa senang dan masa susah. Sahabat suka dan duka.

Tiba-tiba malam tadi Wirdas Habib 'kol' aku. Katanya dia terlanggar kotak besi di jalanraya pada waktu malam semasa menunggang motosikal dari Selangor ke Perak yang mungkin tercicir oleh mana-mana lori. Kakinya patah. Dah takdir Allah. Ini ujian untuk dia.

Aku doakan semoga Wirdas Habib cepat sembuh.

3 comments:

  1. doakn muga die cpt smbuh..ni sbg kafarah utk hapuskn dosa

    ReplyDelete
  2. i.Allah sme2 kta doa

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)