Tuesday, December 29, 2009

KPP jadi Dewan Himpunan Penyokong PAS Bertaraf Sayap Parti


 

KUALA LUMPUR, 29 Dis: PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.

Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam  meneruskan sokongan kepada PAS.

Baca penuh di Harakahdaily

Ya, ini sejarah yang besar buat PAS dalam perjuangan dakwah dan politik. Kita fikirkan secara mudah, kenapa golongan bukan Islam berminat dan sanggup menjadi ahli Kelab Penyokong PAS? Tidak takutkan mereka dengan PAS yang dikatakan akan menguatkuasakan perundangan Islam bila memerintah negara?

Satu fenomena yang bagus untuk politik dan dakwah PAS apabila golongan bukan Islam tanpa segan silumembawa bendera PAS. Ada juga wakil daripada golongan bukan Islam hadir dalam program-program tazkirah dan usrah. Mereka mendengar ayat-ayat Al Quran dan huraian daripada para ustaz. Bukan senang untuk orang bukan Islam untuk hadir dalam program-program Islam yang berbentuk pengisian ilmu.Ada juga di antara mereka yang sudah mengerti beberapa prinsip asas dalam Islam dan mereka menyebutnya dalam siri ceramah.

Senang ceritanya, wasilah politik yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam telah memberikan kejayaan dari masa ke semasa. Ruang politik ini telah memberikan kesempatan dakwah yang sangat luas. Ruang politik ini juga memberikan kesempatan kebajikan yang luas. Semua bidang ada ruangnya dalam politik demokrasi. Jangan kata politik itu kotor jika hati anda tidak bersih...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)