Tuesday, December 29, 2009

Kartika Jumpa TG Nik Abdul Aziz



Sumber: Pahang Daily Online

KOTA BHARU, 28 Dis [11.32 am] - Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor, yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut. Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)