Monday, December 28, 2009

Jurutol,WJQ 6921, Atendan Pam dan lain-lain

Beberapa hari yang lalu aku menyertai satu program di Hulu Langat. Sebelum ni aku tak pernah sampai Hulu Langat. Aku buat persiapan awal-awal lagi untuk ke Hulu Langat. Aku cetak peta dari Google Maps, pastu aku tengok elok-elok peta tu. Tahap keyakinan aku untuk sampai ke tempat yang dituju dengan berpandukan Google Maps semata-mata amat tinggi.

100 km pertama aku masih mengikut panduan GM. masuk kilometer 127, aku tersilap jalan, sepatutnya aku 'merge' ngan lebuhraya tapi aku jalan lurus je. Aku pun dah 'konfius'. Sampai je kat tol, aku tanya jurutol, kata: 'u-turn dan amik simpang tu'. 'oooo....' aku tengok peta elok-elok dan aku masih on track. Aku teruskan perjalanan.

Sekali lagi alu 'lost'. Aku pun tak tahu macam mana boleh lost. Renyuk peta aku kerjakan. Akhirnya aku letak peta, aku ikut gerak hati dibantu dengan papan tanda. Aku jalan je. Sampai satu tahap aku dah tak tahu nak jalan ke mana, aku pun singgah kat Caltex, aku tanya atendan pam, dia jawab tak tahu, tapi dia tanya pemandu sebuah kereta yang sedang mengisi minyak. Pemandu tu cakap:, 'ikut sayalah, saya nak ke Hulu Langat gak'. Akuj pun ikut kereta wira tersebut. Pemandunya seorang perempuan muda. Aku sempat tengok platnya, WJQ 6921. Dalam 15 minit juga aku ikut kereta tu. Akhirnya aku sampai di daerah Hulu Langat.

Aku teruskan perjalanan setelah kereta wira tersebut sampai di destinasinya. Aku ikut je papan tanda. Sekali lagi aku hilang arah. Aku pun singgah lagi kat Caltex. Banyak sungguh Caltex kat Selangor ni. Haha. Aku tanya pakcik atendan pam, dia pun terangkan dengan panjang lebar destinasi aku.

Selepas berhempas pulas, akhirnya aku selamat tiba ke destinasi. Aku mengambil masa hampir 3 jam, lewat 1 jam daripada jangkaan Google Maps.

Apapun terima kasih untuk semua. Alhamdulillah.

16 comments:

  1. Hulu Langat belakang bukit rumah ana..

    ReplyDelete
  2. Yeke? Masa balik PP, lalu Ampang gak la...kira ziarah la tu ek...hehe...

    AS

    ReplyDelete
  3. Umah ana la, kat PP... Baru ni wat tour... PP-Sgor-Mlk-Sgor-PP....hehe

    AS

    ReplyDelete
  4. okay2, PP.. Ingatkan Pulau Pinang. Sekiranya lalu lagi kat ampang dan ada muslimat, jemput ke rumah ana..

    ReplyDelete
  5. Esok g Kajang plak.. urusan keluarga(bakal).... =). Insya Allah bila2 ana singgah la...

    AS

    ReplyDelete
  6. Lagi senang kalau bawa isteri(yang bakal).:-P.

    Anda dan bakal isteri dijemput.

    ReplyDelete
  7. mana boleh lagi....

    AS

    ReplyDelete
  8. sabar...beberapa bulan je lagi.... = ) Baru boleh bawa...

    AS

    ReplyDelete
  9. Ye.Ana maksudkan bila dah berkahwin. Jangan lupa inform tarikah awal2. Sekirannya ana dijemput. (",)

    ReplyDelete
  10. Haha... Jemput la datang. Awal bulan 6 2010. Masa cuti sekolah... Kad akan menyusul, Insya Allah...

    AS

    ReplyDelete
  11. hah. Sah tak dapat datang. Ckp awl2. Practical time...hohohoh. Tapi kena usaha datang ni, orang VIP nak nikah.hahaha

    -BintuHood-

    ReplyDelete
  12. Jangan tak datang tau... = ) Bawa hadiah mahal2..hehe. Kecik pun takpe janji mahal...hoho

    ReplyDelete
  13. mahal??hehehe...InsyaAllah..ana hadiahkan isteri buat anta..

    ReplyDelete
  14. Lain macam je bunyinya...hehe

    AS

    ReplyDelete
  15. bunyi tak lain..mungkin cara anta faham lain.hehe..ye la..anta nk kawin bulan 6 ni, so, ana hadiahkan Amna Mujahidah buat anta.

    -BintuHood-

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)