Thursday, December 24, 2009

Medan Sebenar



Semalam aku menghadiri usrah pemuda sebuah kawasan. Ini merupakan program pertama di lapangan sebenar selepas aku menamatkan latihan sebagai ahli jemaah di kampus. Sahabat-sahabat mengalu-alukan aku untuk bersama-sama di lapangan sebenar.

Aku teringat kata-kata seorang sahabat SPM, yang merupakan mantan pimpinan pelajar UM, 'Kat kampus ni takde ape-apelah, bila dah kat lapangan sebenar barulah tahu perjuangan sebenar'.

Kampus merupakan satu latihan untuk menjadi pejuang Islam. Hebat di kampus tidak bermakna boleh istiqamah di lapangan sebenar. Berapa ramai mereka yang hebat di kampus tetapi kecundang di lapangan sebenar. Di kampus dialah singa, penuh api perjuangan tetapi bila di lapangan sebenar dia beku dingin di rumah.

Ranjau dan halangan di medan perjuangan menuntut kecekalan serta istiqamah untuk terus berada dalam jemaah. Faktor-faktor mempengaruhi seperti kerjaya dan keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi gerak kerja di medan perjuangan. Ada orang yang kecundang kerana kerjaya. Disebabkan bekerja dengan pihak tertentu, dia katakan susah untuk berjuang sedangkan ramai lagi sahabat yang berkeadaan sama tetapi masih istiqamah dengan perjuangan. 

Mas'ul aku pernah sembang dengan aku pasal istiqamah dalam jemaah ni, katanya: jika punyai anak tiga masih bersama dengan jemaah, Insya Allah akan istiqamah ke akhir hayat.

Peringkat awal menamatkan pengajian merupakan detik yang penting. Detik inilah antara detik kritikal dalam kehidupan. Masa untuk mendapatkan kerjaya yang bagus. Masa untuk membina keluarga. Semua ni memberikan kesan kepada keterlibatan dalam jemaah.

Aku selalu berdoa kepada Allah supaya aku istiqamah dalam perjuangan Islam untuk selamanya...

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)