Thursday, December 31, 2009

Hadiah Tahun Baru 2010



Sebuah kerajaan negara antah berantah yang ingin dikenali dengan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' telah mengumumkan hadiah tahun baru 2010 untuk semua rakyatnya berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Hadiah berupa kenaikan 20 sen harga runcit sekilogram gula itu mendapat reaksi bercampur daripada rakyat.

Bagi aku kenaikan 20 sen ini bakal membebankan rakyat yang berpendapatan rendah kerana harga barangan akan turut meningkat seiring kenaikan harga gula. Harga minuman akan meningkat. Harga kuih muih juga akan meningkat. Harga makanan juga akan meningkat. Banyak kesannya untuk rakyat berpendapatan rendah dan penganggur macam aku ni. Milo Ais kedai mamak RM2 gamaknya selepas ni.

Apa yang penting?

Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan....

Hoho...

2 comments:

  1. rosmah di dahulukan,najib di utamakn...

    ReplyDelete
  2. annur, lama tak mencoret komen kat sini. = ).... Macam tu ye....haha

    AS

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)