Monday, November 30, 2009

Biro Tata Negara ( BTN): Aku Dapat Pujian Fasilitator


Beberapa hari ini kecoh dibicarakan mengenai Biro Tata Negara ekoran Kerajaan Selangor tidak membenarkan kakitangan kerajaan negeri serta pelajar-pelajar IPT di bawah Kerajaan Selangor menyertai sebarang program Biro Tata Negara. Pelbagai pihak memberikan  pandangan masing-masing. Dengar cerita Kerajaan  Pulau Pinang juga akan mengambil tindakan yang sama.

Kehidupan sebagai mahasiswa tidak akan terlepas daripada program-program BTN. Aku pernah mengikuti beberapa  program BTN. Ada satu pengalaman yang sentiasa aku ingati. Dalam satu program BTN, aku mendapat pujian daripada fasilitator. Mungkin sebab FC tu tak tahu siapa aku sebenarnya. Hehe.

Kat kampus tu, aku pernah di amanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Surau (JPS). Kiranya persatuan untuk pelajar Islam la, disebabkan ada peraturan sebuah universiti yang melarang ditubuhkan persatuan berasakan agama atau kenegerian. Biasanya JPS akan sediakan jamuan selepas Majlis Bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat kat surau. Akulah yang tolong hidangkan makanan kat kawan-kawan. Sekali sekala ketika ustaz-ustaz takde, akulah yang imamkan solat. ( Ini masuk bakul tak dapat nak angkat ni). Jadi pendirian dan kecenderungan aku terhadap Islam memang diketahui oleh kawan-kawan.

Dalam satu modul BTN, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua kumpulan dikehendaki memilih seorang wakil untuk membentangkan satu tajuk yang telah diberikan. Lalu kumpulan aku memilih aku untuk membentangkan tajuk tersebut. Kami telah berbincang panjang lebar mengenai tajuk yang diberikan.  Aku dapat giliran agak belakang.  Bila wakil kumpulan satu dijemput, wakil tersebut diberikan satu kertas kecil, dan di atas kertas tersebut ada satu perkataan. Rupanya, setiap wakil akan diberikan kertas yang berbeza untuk dibincangkan. Apa yang dibincang dalam kumpulan semuanya sia-sia. Aku ingat lagi, seorang kawan aku dapat kertas yang bertulis 'PPSMI'. Tergagap dia nak citer pasal PPSMI. Siap bagi definisi rekaan untuk PPSMI. Masing-masing dapat tajuk yang pelik-pelik

Bila tiba giliran aku, aku ambil kertas daripada FC kemudian naik ke pentas. Kemudian aku buka kertas yang dilipat...ada tulisan 'ISA'. Aku tanya FC, ISA ni Akta Keselamtan Dalam Negeri ke? FC tu mengiyakan. Dalam masa sama kepala aku berputar ligat, dok fikir apa yang aku nak buat ni.Akhirnya aku buat keputusan untuk membodek dan mengampu mereka. Dah macam PM dah aku masa tu. Siap ada sesi soal jawab lagi. Sahabat-sahabat seusrah tersengih sambil menahan gelak. Lepas aku bagi pendapat aku, FC yang jadi moderator sesi tu puji pandangan aku yang lancar dan tidak tergagap.

Best ape BTN...

2 comments:

  1. Nak gelak lagi tika baca post ni.hahahahaha.

    Seorang yang berfikrah boleh berbicara lancar mengenai ISA[erti kata lain, bersetuju dengan ISA]?

    BAYANGKAN.....

    sebabnya rajin baca buku dan terbiasa dengan persekitaran kerajaan@sekular..


    -BintuHood-

    ReplyDelete
  2. Sebab selalu baca pasal ISA ni... Banyak tokoh gerakan Islam ditahan dibawah akta ISA ni. Jadi kena baca dan kaji pasal akta ni barulah boleh nak setuju atau tak...

    Hehehe...

    -AS-

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)