Friday, October 2, 2009

Mana Lebih Kejam?


1. Sister in Islam (SIS) semakin galak mempertikai dan mencabar keputusan Mahkamah Syariah berhubung isu sebat Kartika yang mengaku bersalah meminum arak.

2. Keputusan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman sebat itu membawa roh pelaksanaan hukuman syariah di Malaysia walaupun hukuman itu hanya 6 sebatan dan denda RM5000.00

3. SIS yang diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Hamidah Marican, membantah hukuman sebat dengan hujah hukuman itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

4. Aku nak tanya SIS dan mereka yang sefikiran dengan SIS, mana yang lebih kejam? Jangan buat-buat bodoh pulak..

Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah

Sebatan mengikut kaedah sivil :

a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

(kredit: Ustaz Nasrudin Hassan)

5. Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bersedia berhadapan dengan SIS dalam apa jua program bagi memelihara kesucian Islam serta membetulkan salah anggap SIS terhadap Islam.

6. Kita semua juga perlu mengambil tanggungjawab untuk memepertahankan kesucian Islam dan membetulkan tanggapan salah terhadap Islam dengan kapasiti dan kemampuan kita masing-masing. Banyak yang kita boleh lakukan. Seminar, Ceramah, Risalah, Buku, Diskusi, dan pelbagai lagi medium dakwah dan penerangan. Masih belum terlambat untuk kita menjalankan amanah ini.

5 comments:

  1. dhla dia sesat..nk sesatkan org lain plak...
    klau hukuman di dunia dikatakan kejam,hukuman Allah di akhirat nanti sape nk tanggung??
    hukuman Allah adalah yg terbaik untuk hambaNya...
    Allah menghukum utk mengajar...
    cuba renungkan bencana yang Allah turunkan utk hambanNya di indonesia melalui gempa bumi...
    ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  2. hukuman Allah setimpal dengn kesalahan hambaNya..
    pencipta tahu apa ynag terbaik utk yang diciptaNya..
    jgn mempertikai hukum Allah,sedangkan kita penuh dengn dosa dan noda..

    ReplyDelete
  3. bukan sister in islam tapi sister in satan

    ReplyDelete
  4. Annur..
    Mereka ni akan sedar bila mana hukuman tu betul2 terkena pada batang hidung diorang.. Tu pun klau mereka sedar.. Klau tak,wallahua'lam lah..

    ReplyDelete
  5. Yang merosakkan sesuatu kaum tu adalah kaum tu sendiri. Moga kita dijauhkan..

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)