Friday, August 14, 2009

Perlu hebat memimpin atau hebat tarbiah? = Hebat memimpin kerana hebat tarbiah

Jarang sekali aku terasa ingin menulis mengenai perkara yang 'besar' dan 'berat'. Aku lebih senang untuk menulis mengenai perkara-perkara kecil dan biasa, lantaran kedhaifan diri ini.

Hari ini aku terasa ingin mencuba menulis sedikit semata-mata ingin berkongsi pendapat bukannya kerana menurut emosi dan nafsu. Ada sahabat sms dan berpesan begini;

"Didik hati, jangan ada perasaan terasa dan sakit hati dengan sahabat, perkara inilah yang akan merenggangkan ukhwah."

Ada sahabat melontarkan persoalan, Berorganisasi: perlu hebat memimpin atau perlu hebat tarbiah?

Pertama. Jemaah Islam tak sama dengan Persatuan Penduduk Taman Kesidang atau Persatuan Cina Kg Lapan atau Persatuan Pondan Bandar Melaka atau Kelab Basikal Kg Morten atau Persatuan Penjaja Jonker Walk. Sama sekali tak sama. Ke sama?

Bila dah tak sama, memimpin dan mengurus Jemaah Islam sudah semestinya tak sama dengan memimpin dan mengurus persatuan lain. Memimpin dan mengurus Jemaah Islam bukan semata-mata pada sistem pengurusan yang hebat. Pimpinan jemaah Islam boleh je ambil sistem pengurusan dari mana-mana ceruk sekalipun, dari Amerika ke, Jepun ke, Uganda ke, Brazil ke, Kg Morten ke, Taman Kesidang ke, Jalan Hang Tuah ke, takde masalah. Tetapi memimpin dan mengurus Jemaah Islam bukan hanya sekadar itu. Nak guna SWOT ke, KPI ke, Kaizen ke, 90/10 ke, ape ke, tak kisah lah.

Jemaah Islam ni nak menegakkan Agama Islam. Ini bukan agenda kecil dan remeh. Bukannya untuk agenda duniawi atau kepentingan peribadi. Allah akan memelihara perjuangan ini dan proses penapisan akan berlaku. Allah akan bersihkan perjuangan ini daripada jiwa-jiwa yang tidak ikhlas. Antara cara Allah pelihara perjuangan ini ialah dengan cara Allah turunkan ujian dan kepayahan. Dengan sendirinya mereka yang ikhlas akan istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini, sementara mereka yang punyai niat yang kotor tidak mampu bertahan dan memilih jalan yang lebih senang dari perjuangan ini. Allah dah bagitau dalam Surah Muhammad ayat 31:

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruk) hal ehwalmu"

Ujian Allah ni pelbagai. Jangan ingat ujian Allah ni ditahan ISA, disiksa serta dibunuh semata-mata. Ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk yang kita tidak sangka. Tekanan mental dan emosi juga merupakan sebahagian daripada ujian Allah kepada hambaNya.

Contohnya SaifulLah Al Maslul Khalid Ibn Al Walid, menunjukkan contoh yang hebat kepada kita apabila meneruskan peperangan hingga selesai walaupun mendapat surat perlucutan jawatan daripada Khalifah. Khalid ketepikan perasaan dan emosi untuk memastikan kejayaan perjuangan. Kalau kita macam mana? Kalau aku? Hmmmmm.

Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah yang menjadi tunjang seluruh gerakkerja jemaah Islam termasuk memimpin dan mengurus jemaah Islam. Hebat macam mana pun memimpin atau mengurus tetapi apabila agenda tarbiyyah diketepikan maka bermulalah kerosakan dalam Jemaah Islam. Aku salin sedikit teks terjemahan dari tulisan Syeikh Mustafa Mashur, ada la sedikit kaitan ngan isu ni walaupun tak banyak:

"Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah.

Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.

Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya.

Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain."

Kali ini aku rujuk sini untuk menulis. Ada idea-idea disana yang aku cedok.

Aku pinjam jawapan seorang sahabat, katanya: Hebat memimpin kerana tarbiyyah

2 comments:

  1. Salam,syeikh...

    'persatuan' yang ana maksudkan bukanlah membawa maksud kepada persatuan.

    'persatuan' yang ana maksudkan adalah 'J'.

    Maaf atas kekeliruan artikel ana.

    ReplyDelete
  2. Ye... ana faham begini:

    TPP = TA J
    Ajk Modul = Laj Tarb
    MTP = MMT J
    persatuan = J

    - AS -

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)