Tuesday, July 14, 2009

Sekolah Pemikir Muda (SPM)


Tulisan ini asalnya disini. http://miorisfandy.com/?p=557#more-557

Saya dan beberapa sahabat lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan sedang menggerakkan sebuah institusi latihan pemikiran politik terhadap golongan siswazah dan mahasiswa. Ia bukan pemurnian pemikiran sebaliknya ia adalah medan percambahan idea dan pengupayaan ilmu mengenai polisi kenegaraan.

Alhamdulillah, sesi pengambilan untuk batch pertama telah dijalankan dan masih terbuka sehingga akhir bulan Julai ini. Namun, ia hanya terhad kepada 20 orang sahaja untuk satu batch. Sehingga modul pertama yang dijalankan, peserta terdiri daripada mahasiswa PhD Dakwah dan Pengurusan, mahasiswa Sarjana Ekonomi, mahasiswa Sarjana Sains Pentadbiran Kajian Polisi, Sains Politik, Kejuruteraan, Perniagaan malah ada yang sedang bergerak aktif dalam gerakan sivil.

Adalah menjadi harapan kepada penggerak utama SPM ini untuk melahirkan pemikir-pemikir muda yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan negara dalam aspek pembentukan polisi dan memperbetulkan sudut pandang manusia terhadap sesebuah pemerintahan yang baik.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai beberapa modul yang ditawarkan iaitu perbincangan mengenai ideologi dan pemikiran politik kontemporari, perlembagaan negara, ekonomi Malaysia, sistem budaya, persekitaran dan tamadun. Kami juga menjadikan budaya membedah buku sebagai aktiviti lazim yang mesti diadakan sepanjang tempoh kurikulum tersebut. Disamping itu, kami juga turut menjemput beberapa orang tokoh pemikir untuk berkongsi dan bermuzakarah mengenai perkembangan sosio-politik dan masa depan umat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)