Monday, July 13, 2009

Kembara ke Pulau Aceh

Beberapa hari yang lalu, saya mengikuti kembara sekumpulan sahabat ke Pulau Aceh. Konvoi beberapa kenderaan melibatkan perjalanan di 4 negeri selama lebih kurang 5 jam akhirnya membawa saya ke Jeti Kg Penyabong pada jam 1 pagi . Pak Mat telah bersedia menunggu untuk membawa kami ke destinasi. Ini merupakan pengalaman pertama bagi saya menaiki bot nelayan pada jam 1 pagi meredah lautan, dengan angin yang agak kuat serta percikan air yang tinggi, membuatkan hati saya berdebar.

Pulau Aceh merupakan pulau yang tidak berpenghuni. Satu-satunya binaan yang terdapat di Pulau Aceh ialah sebuah telaga. Tiada resort, tiada pondok, tiada dewan, tiada tandas. Boleh anda gambarkan?

Beberapa hari di Pulau Aceh memberikan saya menu-menu yang menarik. Antara yang sempat saya ingat, Sarapan pagi- Mee segera dan Kopi O 'sing -sing'. Tengahari - Roti dan air kosong. Malamnya kembali mee segera. Pagi esoknya juga mee segera. Bezanya dengan Radix Kopi O.

Ayat yang terakam kemas di minda saya sepanjang kembara ini ialah:

'Tarbiyah bukan sekadar di bentang di bilik seminar yang berhawa dingin tetapi tarbiyah mesti dirasai dan dijiwai dengan sepenuh tenaga..'

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)