Thursday, July 2, 2009

Kopi O & Roti

Malam ini saya ditemani secawan kopi o dan beberapa keping roti.

Saya sedang berfikir mengenai kepimpinan mahasiswa di kampus.

Kepimpinan Mahasiswa yang mendapat tarbiyah Islam.

Saya melihat ada sebilangan kepimpinan mahasiswa ini masih tidak mampu menawarkan kepada masyarakat kampus satu kepimpinan yang dinamik dan berintelektual. Saya melihat mereka ini berada dalam dunia yang tersendiri yang mereka fikir kepimpinan mereka hanyalah untuk golongan yang sama seperti mereka. Lantas, gagasan-gagasan pemikiran dan idea mereka hanya berlegar dalam kerangka yang sama. Pemikiran dan idea yang syok sendiri. Mereka masih lagi tidak mampu menawarkan kepimpinan yang berkualiti kepada seluruh masyarakat kampus. Kepimpinan mereka hanya diterima oleh mahasiswa yang sefikrah sahaja tetapi masyarakat kampus seolah-olah tidak mengiktiraf kepimpinan mereka. Mungkin masyarakat kampus melabelkan mereka sebagai 'kepimpinan kelas bawah'.

Kopi sudah tinggal separuh. Roti masih bersisa 2 keping.

2 comments:

  1. mngkin inilah penyakit pendakwah kampus yang sentiasa bergelumang dan x pernah selesai...mngkin ini ujian untk kita kotakan janji kita pd Allah..mngkn asyik dgn kehebatan ilmu sehingga lupa skop mad'u yg nk di tarbiyah...mngkin asyik dgn aktiviti yg meningktkan iman sendiri tanpa memikirkan bagaiman iman org lain..mngkin sibuk dgn berjuang tanpa hadirnya keihklasan...dr kemungkinan2 yg ada blh difikirkan jln penyelesaiannya melalui pengalaman org lama dan ilmu para ulama'..:)

    ReplyDelete
  2. wirdas habib,
    betul tu. Insya Allah

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)