Thursday, July 2, 2009

Pagi Yang Basah

Pagi ni hujan renyai-renyai. Saya masih belum bersarapan, cuma habiskan kopi yang berbaki. Rintik-rintik hujan membasahi bumi membuatkan kenangan-kenangan silih berganti datang menerpa.

Saya teringatkan sahabat-sahabat. Rasa rindu yang teramat. Kenangan-kenangan masa dulu cukup berbekas di jiwa. Susah dan senang hadapi bersama. Suka duka lalui bersama. Gelak tangis juga bersama. Keakraban masa dulu masih terasa indah hingga kini. Masakan bisa dilupakan semua itu.

Pagi ini pagi yang basah. Saya telaah tulisan Dr Fathi Yakan, "Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah" terbitan Dewan Pustaka Fajar.

Buku ini dibahagikan kepada dua fasal. Fasal pertama: gejala keciciran di zaman Rasulullah. Fasal kedua: Sebab-sebab keciciran. Dalam fasal kedua, Dr Fathi senaraikan 3 sebab keciciran. Lama saya telaah buku ini. Air mata merembes seiring titis-titis hujan pagi.

Di mana saya sekarang? Tercicirkan?
Di mana sahabat-sahabat sekarang? Juga tercicirkah?

Masih ingatkan janji yang kita patrikan bersama dulu?
Atau masa telah hilangkan segalanya?

2 comments:

  1. Masa selaulnye menelan manusia,
    manusia yg tidak manfaatkan masa dgn jln Allah pasti akn tercicir..btl x?? mngkin shbt2 msh berpgang pd janji tp mereka dlm kegelapan tercari2 tmpt pergntgn :)

    ReplyDelete
  2. Wirdas habib,
    Kita harapkan diri kita dan semua sahabat sentiasa berpegang pada janji.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)