Thursday, May 14, 2009

Cerita dari Angin: Sebuah Mitos. Siri 1


Malam itu malam Sabtu. Siang tadinya Mat bersolat Jumaat. Selepas solat Jumaat Mat pecut keretanya entah kemana. Ada hal penting. Baliknya petang. Baliknya sambil bercerita gembira.

"Alhamdulillah. rancangan aku berjaya".bagitau Mat sambil senyum kepada PG.

Lepas solat Maghrib Mat berkira-kira hendak ke kedai Mek Siam. Perutnya terasa lapar dari petang tadi lagi. Dia sarung seluar slack dan pakai baju merah lusuh yang selalu dipakainya. Kunci kereta di pusing-pusingkan di jarinya. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari rumah, telefon bimbitnya berdering. Nombor yang tak dikenali tertera di skrin. 019 3210000.

"Hello, Mat," satu suara garau tidak dikenali kedengaran dari telefon bimbit.

"Siapa yang bercakap". Mat cuba mencari kepastian.

"Kamu Mat kan?" suara itu kedengaran mendesak.

"Siapa ni?" Mat tidak mengiyakan.

"Saya Dato Dr Penguasa Kampus," tegas suara garau itu.

Mat terkejut. Sungguh tak disangka Dato Dr Penguasa Kampus menelefonnya. Dari mana Dato Dr PK dapat nombor telefon bimbitnya. Hatinya berdebar-debar. Tetapi dengan cepat Mat cuba mengawal diri. Dia berlagak tenang. Padahal peluh mulai menitis dari dahinya. Hatinya cepat meneka, tentunya ada kaitan dengan peristiwa lepas Jumaat tadi.

"Iya Dato, ada apa yang boleh saya tolong?" Mat cuba berbahasa.

"Kamu nak mengaku atau tidak apa yang kamu dah lakukan? Atau saya lapor pada Polis" Dato Dr PK kedengaran mengugut.

bersambung...

1 comment:

  1. Salam... Tolong beritahu saya sambungannya.. Saya tak sabar nak tahu!!!

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)