Monday, October 25, 2010

Sembang Ringkas dengan SB

Jumaat lepas. Habis kerja jam 12, aku terus bergegas ke satu masjid. Satu demontrasi dijadualkan akan berlangsung. Demo membantah pengambilan tanah milik PAS di Bukit Katil serta isu Islamic Fashion Festival yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Alhamdulillah, demo berjalan dengan lancar. Lebih 100 orang hadir; kira ramai la tu di sebuah negeri yang baru diisytiharkan maju. selesai demo. pimpinan memberikan kenyataan akhbar kepada wartawan.

Orang ramai mulai beransur pulang. Aku juga pulang sama. Tak sampai 100 meter bergerak, tiba2 beberapa motosikal berkuasa tinggi milik polis berselisih dengan aku, yang diikuti oleh beberapa buah kereta waja berlogo polis serta beberapa buah van.

Mula2 aku ingat polis iringi orang kenamaan. Tapi tiada pula kereta mewah. Aku patah balik. Rupanya polis tadi pergi ke tempat demo.. Polis terlambat rupanya, mungkin diorang solat Jumaat tadi siap dengan zikir dan doa yang panjang.

Aku kembali lepak untuk melihat gelagat polis. Ramai macam nak tangkap penjenayah berbahaya. Setiap polis sibuk dengan kerja masing2. Ada yang mengawal lalulintas, aku yang mengawasi keadaan, ada yang bersembang sementara menunggu arahan, ada yang mengambil gambar dan video.

Tiba2 ada seorang lelaki bertopi keledar, berjaket, mangambil video menggunakan handy cam. Aku syak dia SB. Aku sengih kat dia. Dia sengih balik sambil menghampiri aku sambil melontar soalan.

+Dah siap ke?
-Dah siap dah.
+Mula pukul berapa?
-Habis solat jumaat.
+Apa isunya.
-Dua isu, yang pertama pasal tanah. Kedua pasal Rosmah hina nabi.

Brader sebelah aku menyiku perlahan, memberi isyarat. Mungkin dia taknak aku sembang dengan SB tu. Aku sengih dan angguk.

Aku pulak tanya SB tu.

+ Kenapa datang lambat
- Kitorang tunggu kat masjid lain la.
+ Macam mana maklumat perisikan tak tepat ni?
- Kalau macam tu bak sini no telefon kamu.

Aku berlalu pergi sambil tersengih.

1 comment:

  1. apsal x bg je maklumat kat sb tu...mesti lg power

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)