Tuesday, August 10, 2010

Tetamu Yang Datang

"Satu malam kita terdengar ketukan di pintu rumah. Bila kita buka, kita nampak seseorang tersenyum manis. Tangannya membimbit banyak beg plastik macam kita dapat bila membelibelah. Dia bawa bermacam-macam hadiah untuk kita. Bila dia minta izin untuk masuk, kita buat tak endah. Kita tak persilakan dia duduk. Kita tak layan dia elok2 selaku tetamu, sebaliknya kita bercakap penuh gembira mengenai tetamu yang akan datang bulan depan. Kita buat bermacam persiapan untuk tetamu bulan depan. Kita tukar perabot baru. Kita hias rumah cantik2 untuk tetamu bulan depan sedangkan kita sedang punyai tetamu sekarang"

Aku masih ingat tazkirah Yusibi mengenai Ramadhan. Analogi tetamu yang membawa banyak hadiah memang aku ingat. Kita sibuk nak beraya sedang kita tak manfaatkan Ramadhan yang mulia, yang penuh keberkatan.

Ramadhan kali ini memang bermakna buat aku. Ini Ramadhan pertama aku sebagai seorang suami. Ramadhan pertama bertadarus bersama isteri. Ramadhan pertama berterawih bersama isteri. Ramadhan pertama bakal berpuasa bersama isteri. Ramadhan pertama bakal berbuka puasa bersama isteri. Banyak lagii Ramadhan pertama....

Moga Ramadhan ini merupakan tarbiyyah dari langit untuk kami bertiga....

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)