Wednesday, August 11, 2010

Pak Yidin Lembu

Pagi2 lagi seusai subuh ketika terang2 tanah, Pak Yidin sudah ke kandang lembu yang terletak di belakang rumahnya. Pak Yidin terjenguk-jenguk mahu memastikan tiada lembu yang memboloskan diri malam tadi. Pak Yidin senyum gembira melihat semua lembunya ada. Pak Yidin lihat petak rumput yang sudah kosong. "ah, nanti lepas aku sarapan baru aku pergi potong rumput lembu" Pak Yidin bercakap dengan diri sendiri.

"Pak Yidin"
Pak Yidin berpaling. Dia mendengar suara memanggilnya. Dia hairan, tiada siapa lagi selain dia. Pak Yidin buat tidak tahu, mungkin mainan perasaan. Pak Yidin mengatur langkah pergi.
"Pak Yidin, kat sini" Suara itu bersuara lagi.
"Kat mana?" tanya Pak Yidin
"Dalam kandang ni"
"Dalam kandang? Mana ada orang? Lembu adalah" balas Pak Yidin
"Pak Yidin yang lembukan kitorang, kitorang nak meragut rumput yang segar di batas sungai tapi Pak Yidin tak bagi, Pak Yidin bagi rumput yang dah layu dan kuning"
"ahh...ngko tu lembu....makan je apa yang aku bagi" bentak Pak Yidin.
Pak Yidin tinggalkan lembu2 itu dan pergi bersarapan.

Sebenarnya Pak Yidin memng suka dengan lembu. Kalau boleh, mahasiswa pun Pak Yidin nak lembukan.
Baca SINI

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)