Sunday, August 1, 2010

Minta Cuti

Malam itu sama seperti malam-malam lain, gelap. Aku menyinggah di tamrin adik2 dalam perjalanan urusan yang lain. Sekarang ini trend aku ke tamrin sudah berubah. Sebelum ini aku boleh memberikan komitmen fulltime tetapi sekarang ini aku cuma mampu menyinggah di celah2 jadual yang lain. 

Aku mengajak seorang adik untuk berborak. Borak punya borak akhirnya keluar permohonan cuti.

"Ana nak minta cuti" Seorang adik maklumkan pada aku.
"Berapa lama?" Aku main angin dia balik.
"Dalam sebulan je" Dia bagitau dengan berat hati.
"Nape nak minta cuti" Aku cuba mengorek rahsia beliau.
"Masa padat sangat, takde masa nak belajar"
"OooOOOooo" Aku mengangakan mulut.

Aku pun cakap kat dia macam2. Fiqh aulawiyat la. Perjuangan Islam la. Atur masa la, sampai kering air liur.

Bagi aku, mohon cuti dari jemaah adalah suatu simptom yang boleh menyebabkan keciciran dalam jemaah jika tidak ditangani dengan segera dan berkesan.

Banyak faktor yang boleh diperhalusi sebelum sesuatu tindakan dapat diambil, antaranya:

1. Tahap kefahaman dan kejelasan fikrah.

Adakah sesorang itu  mempunyai kefahaman yang cukup bagi dia memikul amanah yang diberikan?. Nanti akan jadi over dos sebab kita tak tahu menilai keupayaan dengan keberatan amanah yang ditanggung.

2. Tarbiyah.

Adakah dia mengikuti tarbiah yang cukup? adakah kita bawa dia dalam usrah? Kalau xde usrah, memang la. Dia ni sakit tapi kita tak ubati dia. Dia perlukan tarbiyah, jadi paling kurang usrah kena seminggu sekali.

Opppssss....ini isu sensitif ek? Takleh keluar dalam blog ek? Sorry2.....yelah2.....

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)