Monday, August 30, 2010

Membeli Belah Bersama Zaujah

Semalam aku dan zaujah ke bandar Melaka untuk membeli baju raya, setepatnya jubah untuk zaujah aku. Setelah memdapat cadangan daripada sahabat yang baru beliau kenali, Izan di satu program, zaujah aku beriya-iya ke First Lady untuk mencari jubah. Belek punya belek jubah di First Lady, tiada satu pun yang berkenan di hati beliau. Akhirnya kami buntu untuk ke mana untuk mencari jubah. Akhirnya kau mencadangkan beliau menghubungi adik2 muslimat untuk bertanyakan 'port' baik untuk shopping jubah. Sampai 3 orang 'penasihat yang beliau hubungi.

Sementara itu aku ke kedai buku Popular yang terletak berdekatan First Lady. Wah, ada buku baru. Menarik pula tu. Tulisan Tuan Guru kami, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Tajuknya memang mengujakan: Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Rasyidin. Terus aku angkat.

Setelah mendapat nasihat daripada 'penasihat2', maka kami ke Jalan Hang Tuah. Deretan kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis pakaian. Kami bertandang dari satu kedai ke kedai yang lain.

Akhirnya, item yang dibawa balik cumalah Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Rasyidin. Masih tiada berkenan di hati zaujah aku sebarang jubah. = )

Balik rumah, aku terus menikmati Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Rasyidin.


Aku perkenalkan sikit Tuan Guru kami: 
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memiliki Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah daripada Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana (M.A) Siyasah Syar'iah daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dan percambahan idea-idea semasa. Beliau juga pernah diberi mandat menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
Antara karya beliau terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat, Beriman kepada Qadak dan Qadar, Fahaman dan Ideologi, Islam dan Demokrasi dan Islam Adil untuk Semua.
Boleh dapatkan maklumat mengenai buku ini di lawan web penerbitnya, PTS. (sila klik)

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)