Monday, August 30, 2010

Lawak Seleb

Aku gosok mata berulang kali. Aku cubit lengan aku. Aku tidak bermimpi rupanya. Kemudian aku gelak kuat2.. 

Kah kah kah kah

Adoiii...ada juga manusia macam ni ye....lawak sungguh...kalau ye pun nak berhujah, berhujahlah dengan hujah2 dari Al-Quran ke, Hadis ke, pendapat ulamak ke... kesian kat mereka.

Korang tau kan isu YB Teo Nie Ching? Ahli Parlimen Serdang tu. Yang heboh diperkatakan mengenai YB Teo yang memasuki ruang solat utama surau serta menyampaikan 'tazkirah' dan menyampaikan sumbangan RM1000. Utusan Meloya siap siar muka depan lagi. PERKOSA siap buat bantahan dan kutip duit untuk gantikan sumbangan YB Teo kepada surau tersebut. Ada yang wat poster lagi...jom layannnn.....

 Aku gelak sebab poster ni lah.....adoiiii...mahu putus tali perut aku dibuatnya...

Aku juga ada sembang dengan ustaz2 kat sekolah, diorang tanya soalan yang simple je.

Yang wat bantahan tu berapa kali pergi masjid?
Paling kurang sekali sehari kah?
Atau seminggu sekali kah?
Atau setahun sekali kah?
Atau seumur hidup sekali kah?

"Seumur hidup sekali macam mana tu ustaz?" Aku agak kehairanan. Kalau seminggu sekali aku tahulah, solat jumaat. Setahun sekali pun aku tahu, solat raya. Tapi seumur hidup sekali?

"Seumur hidup sekali tu bila dia berada depan imam, berbungkus dengan kain kapan" jawab ustaz sambil tersengih....

Jom kita dengar sendiri dari mulut YB Teo mengenai orang bukan Islam memasuki masjid.....ehhhh....gila ke aku ni, ambil pendapat kafir..... Sabau.....tengok dulu....

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)