Friday, August 6, 2010

Bila Zaujah.........

Zaujah aku sudah beberapa hari tak makan nasi di rumah. Bila aku ajak, dia cakap tak selera. Aku suruh makan roti, dia cakap tak selera juga. Aku cakap, goreng la kuew teow, dia cakap tak selera gak.

Kebiasaannya kami makan malam sebelum maghrib. Sudah beberapa malam dia tidur tanpa makan malam.

Semalam, lebih kurang 11 malam,  tika aku sedang menelaah football manager, zaujah aku tersedar dari tidur. Dia bagitau dia lapar. Aku tanya nak makan apa.

"Nasi?"
Dia geleng.
"Roti?"
Geleng
"Kuew Teow?"
Geleng.

Akhirnya aku gorengkan sosej Ramly yang dia beli siang tadi. Dia makan sikit...aku makan banyak...hehe

Orang tua tua cakap, inilah alahan....

5 comments:

  1. aikk..dah berisi ke??tu alahan tu..alhmdulillah..bakal lahir satu lg mujahid/ah di bumi allah ni..insyaAllah..hehe..mabruk alaik..(lau betul la)..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..mabruk!!kirim salam kat k.zai.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bertambah ahli pakatan....syukur...dah agak dah akak tu dah berisi...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ....
    penerus perjuangan abi n umi...

    ReplyDelete
  5. sy tumpang gembira buat en akhtar n zaujah...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)