Monday, August 9, 2010

Bila Emak Rindu

Sudah beberapa minggu lepas zaujah aku mengajak aku pulang ke kampung. Tetapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat di elakkan, balik kampung selalu tertangguh. Alhamdulillah, minggu lepas Allah bagi kelapangan masa untuk pulang ke kampung. Aku dan isteri kira beruntunglah sebab kampung kami sama2 di Kelantan, kira sejalan je.

Kebetulan sekarang ni musim buah-buahan. Ayah aku punyai kebun yang ditanam dengan durian, rambutan dan dokong dengan keluasan hampir 2 ekar. Sebenarnya aku sudah 4 tahun tidak menikmati musim buah-buahan kerana berada di luar Kelantan. Bila balik minggu lepas aku sungguh teruja bila melihat buah-buahan. Buah dokong besar2 dan boleh dipetik dengan tangan. Durian pula besar, isinya tebal dan biji kecil je. Seulas je dah cukup. Aku sempat petik dokong dan rambutan untuk dibawa ke Melaka. Sesiapa yang berkunjung ke rumah aku bolehlah merasa dokong dan rambutan Kelantan, (selagi stok masih ada, hehe).

Sambil menikmati kemanisan dokong, aku mengimbau cerita2 lama bersama2 emak. Zaujah aku mengikuti dengan penuh minat dan sesekali mencelah.  Sesekali kami tergelak bersama bila ada cerita2 lucu. Dalam kerancakan bercerita dan bersembang, emak buka cerita pasal baik kampung, ziarah ibubapa.

"Anak2 kena selalu balik jenguk ibubapa. Kalau jauh, kena telefon tanya khabar mak ayah. Kalau mak ayah sampai rindu sebab anak jarang balik, macam melupakan ibubapa, itu boleh kira derhaka"

Kata2 mak aku memang makan dalam. Lepas ni aku nak balik selalu ziarah mak ayah. Paling kurang kerap telefon untuk tanya khabar.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)