Wednesday, July 21, 2010

Sibuk sangat ke?

Masa kat kampus dulu aku rasa akulah orang tersibuk di dunia. Mengetuai sebuah harakah kampus dah buat masa aku padat, kononnya.

Sekarang bila dah lepas alam kampus, barulah aku tahu, betullah kata Hasan Al Banna, 'kewajipan lebih banyak daripada masa'. Sebelum ni aku sorang je. Tapi sekarang dah berdua. Jika isteri ada usrah, aku pegi hantar. Usrah aku punya, memanglah aku pegi. Sebelum ni aku berhubungan dengan pelajar kampus yang lebih kurang 6000 sahaja tapi sekarang berurusan dengan pemuda satu negeri. Hujung minggu aku untuk 2-3 minggu akan datang memang dah diketahui hari ini. 

Tapi siapalah aku jika nak dibandingkan dengan para pejuang yang lain. Kesibukan mereka tahap dewa. Pimpinan kita seperti TG Hadi Awang, jaga gerakan Islam satu negara, tak terbayang sibuknya pada kita.

Aku cuma nak cakap, pada mereka yang selalu bagi alasan sibuk, anda sebenarnya bukan sibuk tapi membazir masa anda. 

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)