Saturday, May 22, 2010

Main Bola

Satu hari ada seorang mamat menyertai pertandingan bolasepak anjuran belia 4B Jalan Hang Tuah. Mamat tersebut namakan pasukannya Green Bandit sempena kehijauan padang yang sinonim dengan bolasepak.

Perlawanan berlangsung. Green Bandit bermain bersungguh-sungguh. Macam-macam strategi digunakan. 4-4-2, kemudian tukar kepada 4-3-3, kemudian tukar lagi 4-5-1.

Keputusannya Green Bandit tewas dalam beberapa perlawanan yang disertainya. Coach Green Bandit panggil semua player untuk post mortem kegagalan mereka dalam pertandingan ini.

Macam-macam perkara yang telah ditimbulkan:

Jersi tak menarik
Jenama bola tak terkenal
Rumput tak cukup hijau
Pengadil tak cukup stamina

Tetapi Green Bandit lupa, petang--petang masa diorang berlatih, diorang main bukan bagus pun, tiba2 masa pertandingan, diorang bising2 main tak bagus. Kalau masa latihan bagus, masa pertandingan Insya Allah bagus. Jika latihan tak bagus, masa pertandingan pun sama lah.

JIK yang setiap harinya tidak menunjukkan prestasi yang baik, jangan bermimpi untuk uruskan program besar dengan baik. Baiki dulu pergerakan harian jemaah, Insya Allah program besar juga berjalan lancar.

4 comments:

  1. Izni,
    tertarik menarik ek...=p

    ReplyDelete
  2. xlah,
    tertarik, terfikir..
    huhu ~

    ReplyDelete
  3. Izni, betul tu, umat Islam mesti berfikir, jangan jadi pak turut.

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)