Sunday, May 23, 2010

Pak Din Nyanyuk

Brader pakai kemas-kemas adalah ketua belia JKKK. Bawah beliau ramai lagi belia-belia yang sekepala dengan beliau. Sebagai ketua belai JKKK beliau amatlah sibuk. Ke sana dan ke sini. Pendek kata masa rehat tiada dalam kamus brader pakai kemas-kemas. Banyak aktiviti dan program yang dijalankan. Tahun ni saje dah tak terkira aktiviti yang dijalankan.

Sebagai ketua belia JKKK, beliau akan dipantau oleh Pak Din, selaku pengerusi JKKK. Takdelah Pak Din nak tahu setiap pergerakan, cuma kadangkala perlulah berbahasa dengan orang yang lebih tua. Sesekali perlulah bercerita apa yang telah dilakukan. Pak Din memang sempoi, kat kedai kopi pekena radix secawan dah boleh sembang berjam - jam.

Satu hari, beberapa orang belia minum-minum dengan Pak Din di warung. Pak Din memang suka menyembang, sampai ke pagi takde masalah. Masa sembang2 tu semua orang terkejut dan kaget. Pak Din terkial-kial mengingat nama ketua belia JKKK.

Mungkin Pak Din dan nyanyuk agaknya. Nama ketua belia JKKK pun dia tak ingat.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)