Monday, May 3, 2010

Perwakilan Pemuda

Ahad.

Aku bangun macam biasa. Jika hari Sabtu aku pakai pakaian sukan, hari Ahad aku pakai baju korporat Pemuda PAS. Baju putih ada garisan hijau sikit2. Kat dada belah kanan da tulis aku punya nama, belah kiri da tulis Dewan Pemuda PAS Negeri.

Aku jadi perwakilan dewan pemuda PAS kawasan ke Muktamar PAS kawasan. Dapat la peluang kenal-kenal dengan otai2 kawasan. Muktamar dirasmikan oleh YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Beberapa pesanan yang sempat aku dengar antaranya ialah:

1. Petugas PAS mesti ikhlas dan itqan dalam perjuangan. Masuk PAS bukan kerana tok guru atau sebab lain tetapi kerana Allah. Petugas juga mesti itqan. Kerja mesti profesional. Jangan buat sambil lewa.

2. Politik dalam masjid. Jika ikut tafsiran politik UMNO dan BN memang haram masuk dalam masjid la. Ustaz Nasha petik definisi politik menurut Ibn Aqil yang lebih kurang maksudnya, politik adalah pengurusan untuk mendekatkan manusia dengan redha Allah. Kalau politik begini memang kena masuk masjid la.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)