Wednesday, May 5, 2010

Musim Program Tarbiah

Sekarang ni musim muktamar dan tamrin.Bukan sahaja hujung minggu, hujung tak minggu pun sama juga.

Aku, kalau orang jemput pegi tamrin dan muktamar memang aku suka pergi. Dapat kenal-kenal dengan pimpinan jik yang hebat-hebat. Boleh kenal ramai sahabat2. Sambil tu aku tolong-tolong jika diorang minta tolong angkat barang ke, jaga keselamatan ke, basuh pinggan ke, beli barang ke dan lain2.

Muktamar pun sama, bermula dengan muktamar pemuda kawasan, pastu muktamar kawasan dan akan datang muktamar pemuda negeri. Aku suka gak pergi muktamar, dapat kenal otai-otai, dengar cerita-cerita diorang selain tolong siapkan tempat, tolong siapkan speaker dan lain2.

Sememangnya, aku amat menyukai musim ini. Musim Program Tarbiah.
 

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)