Wednesday, May 19, 2010

Ikan Dalam Balang Kaca

Aku masih meneruskan hobi membela ikan. Aku bela ikan guppy sebab senang diuruskan dan senang membiak, walaupun kurang komersial. Balik kerja aku suka tengok ikan-ikan beranang bebas. Sekarang aku ada 13 ekor anak ikan guppy sebesar hujung lidi. Aku suka tengok anak-anak ikan yang kecil tu berenang. Comel.

Bila aku perhatikan ikan-ikan tu lama-lama, aku terfikir satu perkara.

Pimpinan jemaah Islam kampus yang keadaannya sama macam ikan dalam balang kaca. Boleh melihat sekeliling tapi tetap terhalang. Boleh melihat dan memerhati masyarakat sekeliling tetapi masih belum merasai denyut nadi masyarakat. Belum turun ke bawah merasai praktikalnya dakwah dan perjuangan. Mereka cuma hidup dalam balang kaca ciptaan mereka. Tenggelam dengan buku2 dan teori2, lalu mereka rasa merekalah yang hebat. Sudah cukup segalanya yang mereka ada. Mereka cuma memerhati dan berteori dari atas. Mereka cuma hidup dalam balang kaca khayalan mereka.

Aku risau mereka ini akan tercicir dari perjuangan ini suatu hari nanti apabila meninggalkan kampus lalu terkejut dengan realiti perjuangan di medan sebenar. Kerencaman gelagat sahabat2 seperjuangan yang boleh menyesakkan nafas, belum lagi dengan tentangan pihak musuh.

Kenapa aku katakan begitu? Mana tidaknya jika dunia mereka sekarang hanya dalam balang kaca. Hanya berkawan dengan mereka yang baik-baik sahaja. Tidak bergaul dengan pelbagai manusia. Melihat semuanya adalah kotor lantas memilih untuk meninggalkan mereka. Dunia mereka hanya seminar, forum, diskusi semata-mata. 

Balang kaca yang menhalang mereka adalah minda dan sikap mereka.

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)