Thursday, May 20, 2010

Agak2 La....

" Awak tak boleh makan nasi ni, nasi ni boleh membahayakan keselamatan" kata seorang brader yang pakai kemas- kemas bertali leher kepada seorang mamat selekeh pada majlis makan-makan kompeni mereka..

Talam penuh nasi itu dijaga dengan kawalan ketat oleh brader yang pakai kemas-kemas bertali leher macam Peter Cech jaga gol Chelsea.

Mamat selekeh itu nampak macam mengalah selepas brader kemas tidak membenarkan dia makan nasi atas alasan keselamatan. Dia duduk menyandar di dinding sambil renung syiling bercat putih.

"Takpelah dia tak bagi aku makan, aku ni bukan orang penting. Lagipun mungkin nasi tu memang berbahaya" mamat selekeh cuba pujuk hatinya.

"Assalamualaikum".... Mamat selekeh mendongak bila terdengar suara orang beri salam. Dia jawab perlahan. Lelaki yang beri salam itu kemudiannya bersalam dengan brader kemas tadi. Kemudian sorang demi sorang lelaki-lelaki yang mamat selekeh tidak kenal hadir. Kemudian lelaki2 tersebut duduk bersama2 brader kemas itu menghadap talam nasi yang dikatakan berbahaya mengancam keselamatan oleh brader kemas tadi. Kemudian mereka melantak nasi itu penuh nafsu. Mamat selekeh cuma mampu memandang.

" Tadi kata membahayakan keselamatan, tapi orang lain boleh makan pulak?"

Mamat selekeh bertanya  tanpa suara. Nak tanya terus nanti orang cakap tak thiqah dan mengaibkan pimpinan pulak....  

3 comments:

  1. Haha.. dah macam citer human target dah aku baca... Pas ni sume mamat-mamat yang makan nasik tu mati kan? Kalau aku jadi mamat yang tak dapat makan tu, aku tak kesah sangat... jadi orang vip kot sebab aku dijaga atas sbb keselamatan.. ahaks! :p

    ReplyDelete
  2. salam...
    bercakap tentang faktor keselamatn..
    mungkin ader betulnya...
    setiap perkara yg dibuatfaktor keselamatan diambil terlebih dahulu, dari segi benda lain yang datang bukan dari company kita, mungkin dari company yang berlainan walaupun dalam satu gerak kerja, mungkin itu salah satu kelemahan yang perlu diambil kira, namun nak tegur. teguran itu sama sekali tak sama dengan teguran dari com sendiri...
    Untuk semua, sahabat semua bukan untuk disalahkan, namun mungkin kena kaji balik untuk diri kita sendiri, nak letakkan kepercayaan pada seseorang bukan senang, tapi kita yang nak dapatkan kepercayaan daripada orang ni bagaimana pulak,kena fikir tu...sama2lah berfikir...masing2 pandai berfikir dah...sekadar pandangan dari saya...

    ReplyDelete
  3. ha jom fikir ramai2!!!

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)