Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah...Cuti Dari Allah

Akhir2 ini aku agak sibuk. Update blog pun tak sempat. Kerja lagi, tamrin lagi, muktamar lagi.

Alhamdulillah hari ini Allah takdirkan aku berehat di rumah.

Semalam aku ke tamrin di Gunung Ledang. Selesai slot aku, aku mohon izin untuk pulang. Dalam 10 malam. Kem tamrin tu terletak dalam ladang kelapa sawit di kaki Gunung Ledang. Keadaan jalan tu memang gelap. Lopak2 air memang banyak la. Aku bawa motor dengan kelajuan sederhana. Jalan aku main agak2 je. Masa bawa motor tu, tiba2 aku ternampak pokok kelapa sawit di depan, aku membelok dengan cepat, dan.....

Aku bangun. Aku sapu tanah yang melekat di badan. Aku cari motor. Aku tergolek hampir 2 meter dari motor. Aku angkat motor. Aku cuba hidupkan enjin. Enjin ok. Aku cuba pusingkan handle, alamak handle bengkok. Aku tolak handle tu kuat2. Alhamdulillah masih boleh digunakan.

Aku teruskan perjalanan pulang ke rumah. Lutut aku terasa pedih. Aku raba lutut. Seluar aku koyak di lutut. Aku rasa darah mengalir. Aku telefon sahabat di rumah untuk wat preparation, ubat luka dan keperluan lain.

Alhamdulillah, Allah bagi aku rehat hari ini.

4 comments:

  1. hmmmm.....bakpo jadi lagu tuh!!!

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah!!!

    BH

    ReplyDelete
  3. KH, BH,
    Tarbiah dari Allah. Juga peringatan lain kali bhati2. = )

    ReplyDelete
  4. Tggu ustz Sembuh...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)