Friday, April 2, 2010

Mencari Muhammad bin Murad

Ada sesiapa yang kenal Muhammad bin Murad?

Pagi-pagi lagi aku sudah tanya pakcik google siapa itu Muhammad bin Murad.

Ada sahabat minta aku sembang-sembang sikit pasal Muhammad bin Murad ni dalam satu program, jadi kenalah cari sedikit bahan-bahan untuk disembangkan.

Banyak blog2 yang mengulas mengenai Muhammad bin Murad ni. Aku tertarik dengan satu tulisan Dato Husam Musa yang disiarkan dalam HarakahDaily bertarikh 27 Mei 2009. Boleh baca artikel penuh disini (Klik).

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Muhammad bin Murad mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat

b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan

c. Kehendak yang kuat

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat

e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skill berkenaan

f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Allah.

No comments:

Post a Comment

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)