Monday, March 15, 2010

Puisi Usman Awang; Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

11 comments:

  1. Assalamu'alaikum, subhanallah...

    Seorang guru ini besar amanah & tanggungjawabnya...
    Tak kurang perit ujian & rintangan yang harus ditempuh...
    Andainya sabar tak mampu lama bertaut,
    Jangan sesekali kita berani bertaruh, Memperjudi nasib anak-anak polos.
    Menggalas 'nama' tugas mulia ini bukan kerja sebarang.
    Jangan sampai kita yang memalit lumpur,
    Pada 'nama' yang asalnya luhur.
    (nukilan buat guru amnya, guru tadika khususnya-Ana Abdullah)

    pada ana 2 pekerjaan yang jika tiada kesabaran, janganlah menjawatnya. 1-Guru. 2-Doktor. Kalian memainkan peranan yg penting. lebih2 lagi guru. anak2 yg membesar dipengaruhi anda. Semoga semua guru DAN ibu bapa serta pemimpin sedar akan kepentingan seorang guru itu dalam masyarakat. Wallahu'alam...

    pedihnya hati bila mengingat memori semalam...

    syukran saudara Akhtar atas postnya. Sajak yg bermakna.

    ReplyDelete
  2. Bila dah jadi guru ni, barulah saya faham perasaan guru-guru saya suatu ketika dahulu...

    ReplyDelete
  3. macam mana perasaan tu...?

    ReplyDelete
  4. hehe. Dulu-dulu masa belajar saya ni nakal. Cikgu selalu marah la. Sekarang dah faham bagaimanakah perasaan itu bila ada pelajar malas belajar dan nakal.

    Akhtar

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum,
    samalah kita... ana brutal masa sekolah dulu...nama shj pengawas...hehe...

    harap2 cikgu2 ni bila marah atau bagi hukuman, biar berpada... kes yg ana tau sampai berlaku kesan fizikal pada budak...bukan belasan tahun. budak 3-4 tahun...yg kes begini ana kesali...
    yg nakal melampau dan pada masa yg sama dh tau nilai baik buruk tetap buat juga yg buruk tuu, dirotan ana setuju tapi rotan ikut garis panduan Islam...rotan di kulit yg tebal berbanding yg lain...seperti di tapak tangan...Wallahu'alam...

    Teringin nak buka tadika, jaga budak2. tapi khusus utk yg baru lahir smpai umur 3 tahun sahaja... lepas tu, ibu bapa sila jaga sendiri ya...^-^

    ReplyDelete
  6. sama la....saya pun pengawas gak dulu..hehe

    tadika apenya dari baru lahir sampai 3 tahun je... =p

    ReplyDelete
  7. a'ah...lupa! toddlers agaknyer panggilan utk menjaga anak2 kecil ni... atau nursery? tak sedap la bunyinya...

    ReplyDelete
  8. INSAN,
    nape nak jaga yang kecil je? yg besar nakal ek?

    ReplyDelete
  9. hehe... sebab yg kecik comel. ^-^

    ReplyDelete
  10. boleh beri maksud sajakni ke??

    ReplyDelete


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)