Friday, February 5, 2010

Cerita Dari Angin Kembali Lagi


Dulu.
Cerita dari angin pernah menggemparkan alam ini bagi mereka yang mengetahui, dan bagi mereka yang tak tahu, cerita ini tidak memberi sebarang erti. Kecelakaan Orang Tua itu bermula apabila dia mengarahkan Sidang Budak-Budak Kampung dipilih semula kerana pemilihan sebelum itu dicemari oleh seorang budak yang datang dari entah mana-mana.

Orang Tua itu sungguh marah bila diceritakan kepadanya bahawa perjalanan pemilihan Sidang Budak-Budak Kampung telah dipengaruhi oleh seorang budak. Khabar angin yang bertiup mengatakan semua jawatan tertinggi Sidang Budak-Budak Kampung telah di atur oleh budak tersebut. Barua yang bercerita itu juga bertanding untuk merebut jawatan tertinggi Sidang Budak-Budak Kampung, malang impiannya menjadi debu apabila jawatan tersebut disandang oleh orang lain.. Mungkin sebab itulah dia menceritakan segalanya mengenai budak itu. Kecelakaan Orang Tua dan Baruanya.

Orang Tua sungguh marah. Dia sendiri yang menghubungi budak tersebut. Bertambah panas bila budak tersebut bersikap acuh tidak acuh. Terpaksalah Orang Tua itu memperkenalkan dirinya begini: "Saya Orang Besar Orang Tua, Ketua Kampung". Lalu Orang Tua itu mengugut budak tersebut dengan keras: "Kamu nak mengaku atau saya laporkan kepada Keselamatan Kampung". Dengan penuh keyakinan Orang Tua itu mengugut.

Budak itu akhirnya diperintah untuk mengadap. Sesi soal jawab berlangsung lama. Macam-macam soalan ditanya oleh Orang Tua. Soalan pertama yang ditanya oleh Orang Tua agak pelik: "Sejak bila kamu berkawan dengan Kumpulan Angkasawan?". Tunggang langgang otak budak tersebut untuk menjawab soalan maut Orang Tua. Budak tersebut menafikan dia ahli Kumpulan Angkasawan. Barua Orang Tua yang dari tadi senyap tiba-tiba menyalak bagai anjing gila. Terserlah keanjingannya yang selama ini disembunyikan disebalik kopiah. Dikerkahnya budak tadi. Bermacam-macam cerita dibawanya untuk menyalahkan budak tadi. Mail Kedai Kopi yang selalu budak tersebut pergi minum pun Barua cerita juga. Semua dicerita sampai berbuih air liur. Semakin celaru otak budak tersebut. Nasib baik budak itu berjaya mengawal  keadaan. Bila disiasat budak tersebut rupanya ahli Persatuan Pemancing Budak Kampung. Orang Tua mengarahkan budak tersebut untuk meletakkan jawatan sebagai Orang Suruhan Persatuan Pemancing Budak Kampung. Orang Tua juga berjanji untuk menyiasat Persatuan Pemancing Budak Kampung kerana dibimbangi ada unsur-unsur berbahaya. 

Selepas kejadian tersebut Orang Tua agak trauma. Bila pemilihan Sidang Budak-Budak Kampung yang terbaru, Orang Tua mengimbas kembali kisah budak tersebut. Barangkali Orang Tua tersebut trauma.

Terbaru, Cerita Dari Angin Episod Baru sedang bermula. Persatuan Pemancing Budak Kampung dikatakan mengganas. Adakah ini saki baki kawan budak tadi? Atau ini budak versi baru?  Siapa pula yang bakal menjadi anjing? Jangan lupa ikuti kisahnya

No comments:

Post a Comment


Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)