Friday, September 11, 2009

OFFER DEMI OFFER……..


Salam sahabat2 pembaca….

Alhamdulillah….aku diberi offer oleh seorang sahabat utk turut sama menulis dalam blog ini. Walaupun dia tahu aku tidak pandai menulis, tidak ada seni namun dipelawanya juga aku untuk sama2 menulis, memberi idea dan bercerita dalam blognya… Apapun, aku akan cuba setakat yang termampu.

Berbicara mengenai offer, tiba2 aku teringat satu peristiwa sewaktu berjalan2 di Pekan Tampin. Satu pekan yang menghubungkan antara Melaka dan utara Negeri Sembilan, yang pastinya sentiasa sibuk dengan berbagai aktiviti urusniaga. Di tambah pula dengan hari lebaran yang bakal menjelma, pastinya berbagai offer yang ditawarkan oleh peniaga. Mataku seakan tertarik melihat satu gerai yang menjual biskut serta kuih-muih raya. “hmmm..patut la, ada offer rupanya”, bisik hatiku. Memang agak murah biskut yang ditawarkan di situ, menyebabkan agak sukar untuk aku membuat pilihan. Alhamdulillah…jumpa jugak akhirnya.. Sewaktu di kaunter pembayaran, sempat lagi aku tawar-menawar dengan penjual tersebut walaupun aku tahu bahawa biskut tersebut memang dah murah… Setelah berlakunya tawar-menawar, akhirnya…..aku yang menang walaupun bezanya hanya RM 1…

Hmm..nilah manusia, tak penah cukup dengan apa yang ada… “Bagi betis nak paha , begitulah sebaliknya”. Di kesempatan yang ada, sempena bulan baik, marilah kita sama2 merebut offer yang telah Allah SWT tawarkan kepada ummatNya untuk kita sama2 gandakan amal ibadat supaya kita mendapat pahala yang berganda2 banyaknya.. Wallahu’alam… Salam ukhwah….

5 comments:

  1. Selamat menulis. Nanti boleh tulis artikel yg bagus2 dan berkualiti.

    ReplyDelete
  2. Selamat menulis. Nanti boleh tulis artikel yg bagus2 dan berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Permulaan yang mantap..Teruskan.. :)

    ReplyDelete
  4. time ksh k.yong :}

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    bakat2 yg trpendam dlm dri para mujahidah bkl membangkitkn semangt perjuangn para mujahidin..
    truskn sehingga nfs terakhir mnjdi bukti perjuangnmu bersma islam...

    ReplyDelete

Al Fatihah ( Datuk Saya)

Al Fatihah ( Datuk Saya)